hakberfikir
Just another WordPress.com weblog

Mar
26

perh.. sgt sgt bz bua titu n ini… letih betol.. nanti la bila masuk bulan 6 da free balik… sambung balek….

Jul
31

2065628883_829379ee0ckeris-melayu-jawa

Salam… Islam dan melayu ialah sebati dan sebadan…. Saudara sekalian ingin sy bertanya kpd saudara, sekiranya kita terpaksa memilih samaada untuk memperjuangkan kepentingan bangsa melayu ataupun islam, yg mana satu kita akan perjuangkan??? Jawapan saudara kita boleh lihat dengan berapa besarnya iman dihati saudara… Sudah tentu sekiranya iman anda kuat anda akan mendahulukan perjuangan demi agama islam.
Saudara, nabi tidak memperjuangkan bangsa dan di bumi madinah dan mekah mahupun di mana2 tempat yg beliau tadbir… Beliau merupakan bangsa arab tetapi memberi hak sama rata kepada semua manusia tanpa mengira warna kulit,geografi mahupun bangsa… Beliau hanya memperjuangkan kebenaran islam… Banyak contoh boleh di beri tp akan di beri pada masa akan datang. Saudara, lihat sekeliling anda perjuangan jenis mana yg berleluasa sekarang ini? Tanya lah kpd anda sendiri sama ada anda mengikut cara nabi yg sebenar-benarnya atau pun tidak….Berfikirlah sendiri.

Jul
31

law-scales_of_justice2-cmstk_legalities00011855

Salam… saudara sekalian, sudah sebati dgn kita melayu-islam, iaitu rata-rata melayu kita lihat di sekeliling ialah islam tetapi smp bila kita akan kekal di dalam situasi sedemikian sekiranya undang2 menghadapi  murtad islam tidak dipertahankan… Jelas di Malaysia sendiri sudah beberapa kes kita lihat dan dengar tentang penukaran agama dari islam ke bukan islam…. Saudara, berfikir lah dengan bijak dan berfikir la dengan jauh tentang nasib bangsa melayu dan agama islam kita ini. Sekiranya di biarkan berlanjutan semestinya ramai melayu ataupun mereka tang beragam islam berani menukar agama. Pernah kah anda terfikir tentang dosanya? Dosa pemimpin yg menutup sebelah mata ttg hukum ini? dosa mereka yg bernama islam tetapi tidak mengambil sikap lepas tangan?……. Mereka inilah yg akan membuat maruah bangsa melayu kita dan agama kita di pandang remeh oleh mereka bukan islam… Mereka inlah yg mencalarkan agama dan bangsa…Hendak membanteras perlulah dari akar umbi.. Balik kembali kpd hukum Allah.

Jul
27

65d51b1f1e64e282

Salam…  saudara sekalian, H1N1 masih terkawal kata pihak kerajaan. Apakah betul masih terkawal dengan bertimbun-timbun kes baru datang melanda Malaysia seperti dengan penutupan beberapa Institut Pendidikan Tinggi di sebabkan H1N1? Apakah itu masih lagi di katakan terkawal padahal mmg  jelas kes ini makin hari makin bertambah? Kalau ini yg dikatakan masih terkawal selepas ramai orang di masukkan ke hospital dan penutupan beberapa IPT maka sya mengucapkan syabas kepada mereka yg dapat berfikir secara rasional itu…

3519326947_2401463bc2

Sedara adakah alasan kerana utk tidak memberitahu perkara sebenar kerana untuk mengelakkan huru hara? ataupun akan menimbulkan masalah ekonomi? Prevention is better thn cure, itu bermaksud mengelakkan dari elok dari menyembuhkan. Lebih baik pihak yg terbabit memberitahu perkara sebenar untuk memberi peluang kepada rakyat untuk lebih mengambil langkah berjaga-jaga utk mengelakkankan terkena virus ini.  Apakah sedara terfikir untuk jangka masa panjang? sekiranya keadaan yg meningkat teruk ini masih di rahsia? kesannya jelas akan terlihat kepada orang awam. Kewangan negara akan turut meningkat dengan pembelian ubat-ubatan dan pelbagai lg perbelanjaan.  Ambil langkah berjaga-jaga lebih merupakan jalan terbaik.

Jul
24

pendekar melayu

Salam…

Takkan melayu hilang di dunia merupakan satu ayat simbolik sebagai pemangkin yg di ucapkan oleh pendekar melayu Hang Tuah. Satu kata-kata semangat apabila kita mendengar dan menyebutnya. Terasa di dalam jiwa kepanasan yang meluap2 untuk memperjuangkan bangsa melayu bagaikan mengalirnya darah pendekar Hang Tuah, Semangat tinggi menjulang angkasa mendaulatkan tanah air tercinta,lautan bumi akan ku belah, ketajaman kilat akan ku tahan. Perasaan geram dan marah melihat bangsa kita di tikam dari belakang, benci melihat anak bangsa kita mundur. Tamat sudah masa bermimpi mari lah menhadap realiti.

Tetapi sejauh mana kita cuba mempertahankan kedaulatan “melayu” kita? Apakah maksud melayu? Melayu bermaksud mereka yang bertutur bahasa melayu dan mengamalkan adat resam melayu… Sedara sekalian zaman dahulu melayu kita menggunakan tulisan jawi.. iaitu tulisan arab, tulisan bahasa Al-quran… Dulu bahasa jawi merupakan di antara bahasa wajib di dalam pembelajaran sekolah.  Siapa menyangka bahasa ini akan di mansuhkan di dalam sisitem pembelajaran sekolah oleh menteri ketika itu. Disebabkan mereka lah ramai anak muda sekarang tidak berjaya menghayati dan mengamalkan bahasa tersebut. Saya sendiri mempunyai ramai kawan2 yg tidak tahu mengaji Al-quran dan membaca tulisan jawi. Disebabkan kekurangan dalam menghayati ini lah kita jauh dari Allah. Menolak bahasa Al-quran..

Sedara sekalian, ambil la iktibar di mana hala tuju bahasa melayu kita selepas 20 tahun-30tahun mendatang. Ambil la iktibar dari pemansuhan bahasa jawi di mana ia makin di lupakan. Bahasa kita akan makin di lupakan sedikit demi sedikit di masa akan datang. Apakah kita dapat jamin bahasa melayu tidak akn jadi seperti bahasa jawi?  Sedara sekalian jangan lah kita membuka peluang walaupun sebesar kuman kepada mereka.Pertahankanlah bahasa kita. Apakah kita telah menang apabila kerajaan kata akan mansuh kan pada 2012? Sedara sekalian kita tidak boleh kata kita menang selagi tidak dilaksanakan. Ini namanya penangguhan dan bukannya kemenangan.  Seperti berlari 100meter, kita menghampiri garisan penamat tetapi hanya sekadar menghampiri bukan melepasi.

Apa kurangnya bahasa kita? Bukankah bahasa melayu pernah menjadi “lingua franca” Kenapa kita tidak mempunyai matlamat yg lebih tinggi? mewujudkan balik keagungan bahasa kita seperti masa lepas? Tetapi makin hari bahasa kita makin di pinggirkan.. Adakah itu memperjuangkan hak bangsa?

a-samad said

Sedara sekalian, lihat lah negara seperti Korea, Itali,Jepun dan beberapa negara besar lain. Mereka tidak mengagungkan bahasa lain untuk mereka maju dan berdaya saing. Mereka tidak menyandarkan unsur bahasa untuk muncul  untuk menjadi negara maju. Mereka menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri.

Semasa pertukaran bahasa melayu ke bahasa inggeris( BM dan BI), tidakkah kita kesian melihat anak-anak kampung dan mereka yang berasal dari keluarga yang kurang mampu kalut serta susah hati di dalam pertukaran bahasa ini? Soalannya sekarang adakah kerajaan telah bersiap sedia dengan menyediakan kelengkapan pembelajaran yang mencukupi? memberi tuisyen english kepada anak-anak kampung? menyediakan tenaga pengajar yg secukupnya utk mengajar mereka dlm bahasa inggeris?memberi cukup insentif dan galakan kepada anak-anak kampung yang miskin? Sedarlah kerana kebanyakan dari mereka tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen. Lagipun mereka kurang pendedahan bahasa inggeris jika di bandingkan dengan anak-anak kota yg sekelilingya mendengar setiap hari dari perbualan rakan-rakan bukan melayu, iklan-iklan di jalanan dlm bahasa inggeris, mudah mendapat bahan-bahan ilmiah bahasa inggeris.  Fikirlah nasib dan masa depan anak desa juga.

Perjuangkan hak bangsa perjuangkan hak kita……

Jul
24

Panggilan telefon daripada Obama kpd Najib? Apa sebenarnya isi kandungannya?? Saya di sini merasa keliru dengan kenyataan yang di keluarkan DS Najib, beliau menyatakan bahawa president America itu menghubungi beliau kerana memuji Malaysia di atas keunikan dan kelebihan di negara ini…. Tetapi sy terbukas atu laman web yg menyangah kenyataan DS Najib itu.  Laman web negara asing itu mengatakan tujuan sebenar Obama menghubungi DS, bahawa Malaysia digunakan sebagai urusan penjualan senjata oleh Korea Utara kepada Myanmar…..  Lantas Obama menghanat utussannya iaitu Philip Golberg ke KL untuk memastikan kerajaan BN menyekat urusan penjualan senjata haram ke  Myanmar, agensi berita Korea Selatan Yonhap mengesahkan…. Pelik la, DS sepatutunya menyampaikan maklumat tepat kp rakyat..

Tidakkah ini berbohong?? dan tidak jujur kepada rakyat?? tidak amanah???   Entah apa lg yg tersorok kita x tahukan…..Banyak2kan la melayari internet supaya korang terdedah dengan banyak perkara..Korang fikir la sendiri mana betul mana salah…. Ini laman web bukti yg nyata tu… 

http://www.koreaherald.co.kr/NEWKHSITE/data/html_dir/2009/07/04/200907040052.asp

Jul
24

ini yang menjadi tanda tanya kpd sy…. liwat sepatutnya berada di mahkamah mana di sisi islam?? Pendapat sy, mahkamah syariah kerana ini lebih tepat… Bg sy islam sistem perundangan islam mempunyai keistimewaan sendiri dan lengkap. Ini bukan sy main cakap jer, tp Al-quran menetapkan orang yg membuat tuduhan zina/liwat  terhadap org lain tetapi sekiranya gagal membawa 4 orang saksi, harus di sebat 80 kali….  Al-quran juga menetapkan bahawa sekiranya penuduh zinagagal membawa 4 orang saksi,  keterangan penuduh zina itu tidak boleh di terima selama-lamanya..orang yang di tuduh melakukan zina/liwat, boleh membuaaduan qazaf utk mempertahankn diri mereka. .. Jadi maksud sy, Allah dah mencipta peraturan dan Allah tahu yg mana terbaik kerana di Maha Mengetahui…. kenapa kita pandai2 ikot cakap manusia yg bukannya boleh memberi nyawa kpd makhluk…. fikirlah berlandaskan islam dulu..

Jul
24

Salam. Janganlah menganggap saya bermain dengan unsur politik wahai sedara sekalian, tidak berniat saya untuk menyakitkan hati mana-mana belah pihak tetapi hanya untik menegakkan hak Allah. Korang berfikirlah dengan agama kerana saya percaya ramai lagi rakyat yang di jajah mentalnya.
Sedara sekalian apakah itu hak Allah? Hak Allah bg pendapat saya ialah, Allah berhak dan berkuasa dengan sepenuhnya tanpa ragu ke atas sesuatu. Di sini saya ingin bercakap tentang hukum2 Allah yang dilarang didirikan iaitu hudud, qisas dan takzir. Disini ingin saya menjelaskan ttg apa itu hukuman hudud, qisas dan takzir.
Hudud-hukuman yang telah di tetapkan oleh Allah dan tidak boleh ada sebarang penambahan atau pun pengurangan ketika melaksanakannya.
Qisas- hukuman di beri sama rata kepada pemangsa yang mencederakan mangsa.
Takzir- hukuman yang tidak ti tetapkan hukumnya, bergantung atas budi bicara pemerintah.

Sedara sekalian, secara jujurnya saya mencintai bumi Malaysia dan menyayangi tanah air ini. Saya juga menyokong kerajaan tetapi saya merasa musykil dengan sistem undang-undang di bumi Malaysia ini. Pernah saya bertanya dengan rakan saya dgn niat ingin tahu. Kenapa ramai masih tidak mahu kukum Allah didirikan di Malaysia? Kenapa kerajaan tidak mahu menegakkan hukum Allah kalau betul ini negara rasminya islam? tidakkah mereka rasa sistem undang-undang di Malaysia sudah menyimpang dari ajaran Nabi? tidak kah mereka tahu yang hukum itu wajib kerana sudah di tetapkan Allah? saya hanya akan menyokong mereka yang membawa islam ,saya kata kpd mereka. Ini bukan bermaksud saya menyokong mana-mana parti tetapi ini lah hakikatnya. Sudah pasti mereka yg membaca ini salah faham dan menyangka saya bertujuan berpolitik. Tetapi fikirlah betul2 sebelum menuduh, kerana saya hanya cuba menperjuangkan hak Allah. Adakah saya salah di sini? Adakah saya di cop pembangkang? Adakah saya berdosa?
Sedara agak apakah jawapan mereka bila saya bertanya dan bercakap begitu? ” Kalau kau x sokong kerajaan, jgn la kau duduk dalam Malaysia ni, keluar la dari Malaysia, pergi la cari negara lain”……… Perh geram btol sy bila di halau dan di caci mcm tu sekali….. Terus saya jawab balik begini, Allah merupakan pencipta alam dan segala isinya dan dengan rahmatnya apabila kita di hidupkan telah di sediakan pelbagai panduan dan hukum hakam sebagai penunjuk jalan ke akhirat. Hukuman Allah itu direka oleh Allah sendiri dan Allah tahu mana yang terbaik untuk umat manusia. Tetapi kenapa kita sebagai manusia tidak mahu menerima? Bukankah ini menolak hukum Allah……sy menjawab lg, kita ialah hamba Allah, hidup di dalam bumi Allah, makan isi yg terdapat di dalam bumi dan menghirup udara Allah…jadi korang yang menolak hukum Allah la yg patut cari dunia lain, jgn ambil isi bumi dan jangan hirup udara bumi..pergilah cari dunia dan alam yang bukan dicipta Allah kalau xnk terima hak Allah… Tetapi kenapa masih menolak hukum dia?….. Kenapa kita cuma ikut suka hati kita? Ambil hukum yang kita suka dan tolak hukum yang kita x suka..amal separuh dan separuh lagi xnak… malah dalam al-quran dan hadis nabi pun sy boleh gunakan sebagai hujah cuma belum masa jer lg….hujah saya betul atau salah?? Saya cadangkan kita adakan perdebatan tentang isu ni di media massa, panggil ulama dan mereka yang menetang hukum Allah ini berdebat utk mengetahui kebenaran hakiki. Kita letakkan Al-quran di tengah meja dan rujuk Al-quran… Bukan siapa menang or siapa kalah tp yg mana betul dan yg mana salah…. siapa di jalan Allah dan bukan… siapa membawa hukum Allah dan siapa bukan…
Seperkara lg, kenapa orang bukan islam tidak mahu menerima dan menolak hukum hakam tersebut? Ini jelas kerana mereka mendapat informasi yang sonsang daripada mereka yang jauh dari silam tetapi berlagak pandai dalam agama. Mereka yg bukan islam tertakluk kpd undang2 sekarang ini…tp kepada yg islam tertakluk kepada hukuman Allah..tetapi mereka yg berlagak pandai ni ckp kepada bukan islam, curi nanti kne potong tgn dan ini lah serta itu lah tetapi hukum Allah ialah kepada penganut islam sahaja..Nampak sgt samada mereka ini ada kepentingn dalam sesuatu hal ataupun takut dilaksanakn ke atas mereka di sebabkan mereka berdosa…sedara, berani kerana benar,…ini jelas dan semua org tahu tp masih nk ingkari….. Siapa sy nk ckp mcm tu? layak ke sy? itu yg selalu bermain di fikiran sy dan bermain main d telinga sy….. sy hanya hamba Allah yg cuba mencari keredhaanNya…. saya mengaku pernah buat silap, tetapi adakah silap sekali bermakna silap selamanya? x boleh berubah kepada yg lebih baik?…… fikirlah sedara…

Jul
24

Salam kepada saudara dan saudari yang melawat dan membaca blog saya ini. Terus terang saya katakan tujuan saya buat blog ini adalah untuk membuat anda berfikir dengan mendalam tentang masa depan dan hala tuju kita semua. Bagaimana hubungan kita dengan Allah,hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam. Saluran untuk menyampaikan perkara-perkara hak dan menyedarkan kita terbatas dan saya percaya ini adalah salah satu cara saya untuk melepaskan buah fikiran saya secara aman tanpa mewujudkan sebarang perbalahan. Semoga dengan membaca blog ini, saya berjaya mencetuskan di dalam pemikiran korang tentang yang mana hak dan batil. Sekurang-kurangnya inilah cara saya berjihad menegakkan hukum Allah. Dekatkanlah diri anda denganNYA dan perjuangkanlah hakNYA serta dirikanlah hukumNYA. Bacalah hujah2 saya kerana insyaallah berfikirlah korang yang mana betul dan salah di sisi agama.

Jul
24

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.